Thursday, August 4, 2011

Penghulu Segala Hari



Salam Pagi Jumaat Untuk Semua..mari kita tenang2kan jiwa menghayati bait-bait lirik lagu ini...


Afgan-Pada Mu Ku Bersujud


ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

pada-MU



Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillahwaktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillahwaktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktuuntuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan Yang Dinanti

1 Ogos 2011.
Hari ini bermulalah umat Islam menjalankan ibadat puasa.Pagi ni seawal 4 pagi Anjang dah bangun menyiapkan menu untuk bersahur..ala kadar saja.
Alhamdulillah.Semoga dapat melaksanakan ibadat ini dengan sempurna.
"Tiada nama secantik Allah"
"Tiada umat sebaik Muhammad"
"Tiada agama seindah Islam"
"Tiada muzik seirama Beduk"
"Tiada suara lagu semerdu Azan"
"Tiada novel sehebat Al-Quran"
"Tiada diet yang mujarab selain PUASA"
"Tiada bulan yang mulia selain RAMADHAN"

SALAM RAMADHAN UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI KESIHATAN DAN KEKUATAN UNTUK KITA MENJALANKAN IBADAH PUASA.

Thursday, July 28, 2011

Hujan Oh! Hujan

29 julai 2011



Bertemu lagi untuk kali ini..
pagi ni Anjang sampai opis lewat.tepat jam 8.30 punch card..hmmmm...bila ujan gini la..ujan start pukul 5.45 pagi..lama-kelamaan semakin lebat..tunggu punya tunggu tak reda2 lagi..hmmm....akhirnya Anjang ambik keputusan keluar juga walaupun hujan masih lebat.tawakkal je la...tepat jam 7.00 pagi Anjang kuar rumah. Si kecik terpaksa suruh ayahnya antar ke rumah pengasuh...
Kalau naik motor time ujan memang takleh merempit sangat..bawak pelan2 je le....orang kata BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT...
Akhirnya jam 8.30 sampai opis...ALHAMDULILLAH.

Sunday, July 24, 2011

Pagi Yang Indah

25 Julai 2011

pagi ni seperti biasa Anjang bangun jam 4.30 pagi. Memang tiap2 hari gitu.banyak tugasan yang perlu disiapkan sebelum gi keja.Iron Baju Aqil, siapkan barang2 keperluan dia utk ke KAFA.pastu kemas baju untuk ke rumah pengasuh.masak bubur afief dan bekal Aqil serta sarapan utk ayah..penat kan??Itulah tugas rutin seorang ISTERI dan IBU.Hmmmmm....Kalau ditanya kepada para suami terutama BAPA, sanggup tak nak buat keja2 macam ni hari2?...hmmmmm....mesti berat kan???so, HARGAILAH isteri anda...bagi anak2 juga hargailah pengorbanan IBU anda.

Thursday, July 21, 2011

Ngantuknya...

22 Julai 2011.
Pagi ni Anjang rasa mengantuk sesangat pasal malam tadi si kecik asyik bangun je..dah la tidur pun lambat..dekat pukul satu baru dia tidur...huhuhu..ngantuknya dik....

pagi tadi pukul 6 pagi dah bangun.Maklum la ayah O/S...jadi kena la kejutkan si abang bangun awal.kena Hantar ke rumah pengasuh dulu.lepas tu baru jiran antar gi sekolah...bersilat jugak pagi ni...

orang kata wanita2 bekerja bole dianggap IRON MUM...tak gitu???hehehe...

Wednesday, July 20, 2011

Welcome Muhammad Afief

Kelahiran anak kedua Anjang kali ini sangat special...SEBABNYA??....Anjang berkongsi kegembiraan dengan rakan sepejabat Rusna yang turut sama melahirkan Baby Qistina pada Tarikh yang sama 15 Julai 2010,Hospital yang sama di Hospital Serdang dan jarak masa kelahiran cuma dibezakan hanya 1 minit saja..memang istimewa...orang kata kembar la..kembar sepasang..kenangan manis yang tak dapat dilupakan.

Tuesday, June 28, 2011

Rakan 1Klik: Isra' Mikraj Penjana Takwa

Rakan 1Klik: Isra' Mikraj Penjana Takwa: "  Salam kepada semua pengunjung setia blog rakan 1Klik jabatan ini.  Untuk makluman semua kini kita bera..."